“Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.”
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Maahad Tahfiz Al-Madani (MTAM) merupakan sebuah Pusat Pengajian Al-Quran dan Ilmu Islam Persendirian yang mana matlamat utama penubuhannya adalah bagi memenuhi visi dan misi dengan mewujudkan sebuah tempat pengajian Islam.
Fokus utama MTAM juga adalah bagi melahirkan Huffaz 30 Juzu' Al-Quran & Mu’alim Pengajian Islam yang berkualiti dalam perbagai aspek kehidupan yang menjadikan generasi muda Islam yang bertaqwa, berilmu, berakhlak yang mulia & berakidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Pengajian Tahfiz Al-Quran & Kitab-kitab Turath.
Kaedah Khatam Hafazan Al-Quran 30 Juzuk & Syahadah.
Berpeluang melanjutkan pelajaran ke Yaman & Indonesia.
"Kami sangat komited melahirkan pelajar yang mempunyai ilmu & akhlak yang tinggi selaras dengan matlamat penubuhan pengajian aliran agama dan membimbing para pelajar agar menjadi insan yang berguna kepada bangsa, agama dan negara."
“Jika seorang mencari ilmu, maka itu akan tampak di wajah, tangan dan lidahnya serta dalam kerendahan hatinya kepada Allah.“
• Melahirkan generasi Al-Quran yang berwawasan dan cintakan Al-Quran.
• Meramaikan Al-Hafiz dikalangan masyarakat Islam.
• Membina penempatan belajar yang baik supaya pelajar dapat belajar dengan selesa.
Kecenderungan ibu bapa menghantar anak – anak ke sekolah aliran agama seperti sekolah tahfiz, sekolah pondok atau sekolah agama pada masa kini dipuji ramai. Ini kerana, anak-anak yang mendapat pendidikan agama akan mempunyai jati diri, keperibadian serta sah siah yang terpuji dalam kehidupan seharian berlandaskan ajaran Islam sepenuhnya.
No Code Website Builder